Tuesday, January 26, 2010

Diriku umpama lautan tiada pantai.......

Isnin 25hb 2010 tarikh agak menyedihkan bagi diriku.Ada dua keadaan berlaku menguji kesabaranku walaupun diriku ikhlas untuk berpuasa sunat pada hari itu.Mungkin ujian dari Allah untuk diriku.
Satu per satu akanku ceritakan.Bermula dengan kes penderaanku di kelas..Memang lumrah bagi seseorang untuk dihukum apabila melakukan kesilapan.Itulah yang terjadi pada diriku.Aku tidak dapat datang ke kelas pada waktu yang ditetapkan.Akibatnya aku dihukum umpama burung yang kelemasan di lautan.Aku disuruh mengangkat komputer(tapi hanya desktop)sebagai denda.Agak berat benda itu ditambah lagi dengan ketiadaan tenaga akibat berpuasa.Tapi aku tetap tabah dan redha menerima hukuman itu(dalam hati siapa yang tahu).
Setelah hukuman selesai aku menganggap cukuplah ujian untuk hari itu walaupun diriku tak berupaya menentukannya.Namun langit tidak sentiasa cerah.Kadang-kadang mendung kadang-kadang panas terik bak berdiri di padang masyhar(ayat agama dah keluar dah).Setelah habis kelas,niat diriku adalah untuk berjumpa dengan pensyarah untuk berbincang tentang assignment yang telah ditugaskan kepada diriku.Memang bagus niatku itu tapi balasannya adalah di luar jangkaan pancainderaku.Setelah memberi pendrive kepada pensyarah yang berkenaan beliau telah tersilap tekan dan akhirnya 90% assignment yang telah siap atau separuh siap aku lakukan hilang begitu sahaja bak pasir ditiup angin selaju 250 km/jam.Untuk menambah lagi kesengsaraan di hati ini assignment-assignment yang telah kulakukan semuanya untuk dihantar pada bulan 4 nanti..Bayangkanlah perasaan dihati ini apabila niat adalah untuk menyempurnakan assignment seawal yang mungkin untuk mengelakkan gangguan ketika belajar akhirnya ditewaskan dengan seorang pensyarah yang cuma tersalah tekan.Duniaku menjadi gelap selama 13 saat.Aku seperti hilang arah umpama semut yang menutup mata.Niatku yang murni umpama minyak masak cap Murni dibalas dengan kehancuran umpama minyak petrol Shell.Terbakar hatiku ini tiada siapa mampu padamkan.Ya Allah ampunkanlah dosa hambamu ini.Berikanlahku kekuatan dihati melihat muka pensyarah yang bersalah itu(En.Lutfi a.k.a bukan nama sebenar).Buat pensyarah yang berkenaan,hati ini sentiasa terbuka untuk memaafkan.Tapi sebenarnya diriku juga serba salah.Ini adalah kerana pada saat pendrive dimasukkan ke komputer pensyarah tersebut,pendriveku penuh dengan virus.Nasib baik bukan virus HIV.Maka aku pun tidak tahu siapa yang bersalah.Terpulanglah kepada kamu semua untuk menilai.Jangan kerana air kopi setitik,rosak air skrim sebelanga(peribahasa orang jepun)).Sekian wassalam.Sayonara dari Yakuza jalanan...

Monday, January 18, 2010

brmulenye blog yakuza jalanan

konichiwa all peoples......nme sy yakuza bin jalanan...hehe..ni la 1st time sy wt blog..sllunye sy tgok blog mtor sy je...hehe..pe pn slmat mnjamu slera hidangan diblog sy k..yoossshhh....sayonara..sayosawi..huahua