PENGEMBARAAN 1ST CAMP SR113 2010
Assalamualaikum pembuka bicara.Saya selaku pengarah projek perkhemahan "SPIRIT CAMP" SR113 Kolej Shahputra ingin bersama-sama berkongsi pengalaman ketika melaksanakan aktiviti yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 29-31hb Januari 2009 yang bertempat di Hutan simpan UiTM Jengka.Perjalanan kami bermula pada hari jumaat 29hb pada pukul 9.00 pagi.Skuad kami seramai 28 orang termasuk 2 pensyarah dan 2 fasilitator.Sementara jumlah keseluruhan peserta yang hadir di "SPIRIT CAMP" adalah seramai 180 orang yang terdiri daripada peserta-peserta dari UiTM shah alam,UiTM jengka dan INSTEDT.
Akhirnya setelah sejam setengah perjalanan barulah kami sampai ke destinasi yang dituju.Kami sampai pada pukul 12.45 tengahari.Kemudian kami bergerak ke masjid untuk mennunaikan solat jumaat.Setelah selesai,kami berkumpul sebelum bergerak ke tapak perkhemahan dengan berjalan kaki dengan jarak ke tapak perkhemahan sejauh 2.5km.
Akhirnya setelah penat berjalan barula kami sampai ke tapak perkhemahan.Sampai sahaja kami terus diberi tugas masing untuk melancarkan aktiviti.Kami dibahagikan kepada 12 kumpulan.Ada kumpulan yang diberi tugas untuk membina khemah pusat,khemah dapur,khemah penempatan lelaki dan perempuan dan juga khemah fasilitataor.Akhirnya sebelum malam menjelma,kumpulan masing-masing telah melakukan tugas dengan sempurna.Tapi atas beberapa kesilapan,kami telah didenda berendam di kolam bersebelahan tapk perkhemahan pada pukul 4.00 pagi.Memang keadaan pada masa itu agak sejuk dan menyebabkan badan saya menggigil.Itulah pengalaman petama di malam pertama berada di "SPIRIT CAMP".

Pada hari keesokan harinya,30hb,kami telah diberikan beberapa aktiviti.Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan utama dengan setiap kumpulan terbahagi daripada 4kumpulan.Antara aktiviti yang dilakukan adalah Jungle Tracking,Orientaring dan Camp Craft.Setiap kumpulan bergilir-gilir melakukan aktiviti tersebut.Pelbagai ilmu telah saya pelajari hasil daripada aktiviti yang dilakukan walaupun agak kelam kabut kerana kesuntukan masa.
Pada malam hari pula kami diberikan aktiviti knotting dan night walk.Aktiviti knotting telah memberikan saya banyak info mengenai cara-cara mengikat tali dengan betul.Aktiviti night walk pula memberi kenangan paling banyak dalam "SPIRIT CAMP".Dalam Aktiviti tersebut setiap orang dikehendaki berjalan seorang diri dari satu tempat ke tapak perkhemahan.Sebelum aktiviti dimulakan setiap kumpulan diberikan kata laluan masing -masing untuk memudahkan pengenalpastian kumpulan masing-masing.Kata laluan adalah PACAT BATUSeorang demi seorang dilepaskan dimana saya adalah peserta ke-6 dilepaskan.Pelbagai halangan yang saya jumpa antaranya pocong,bunyi seperti babi dan pokok bergoyang.Yang menariknya adalah ketika saya dilpeaskan saya telah tejumpa dengan peserta ke-4 iaitu peserta perempuan yang dilepaskan lebih awal daripada saya..Dia telah menjerit bertanya kata laluan dan saya menjawab.Akhirnya masing-masing telah memberi kata laluan yang betul.Apa yang mengejutkan saya adalah dia terus menggenggam tangan saya.Saya tergamam seketika.Tetapi dalam fikiran saya hanya ingin membantu dia kerana saya menganggap dia dalam kumpulan saya.Rupa-rupanya setiap kumpulan diberikan kata laluan yang sama.Jadi sehingga sekarang saya serba salah adakah perlakuan saya itu dianggap mengambil kesempatan terhadapnya.Wallahualam.
Pada keesokan harinya,31hb, iaitu hari terakhir kami di"SPIRIT CAMP",kami telah menjalani aktiviti treasure hunt dimana mata kami ditutup dan dibawa seorang demi seorang ke kawasan yang berlumpur.Pelbagai halangan yang penuh dengan lumpur terpaksa kami lalui.Setelah selesai aktiviti tersebut barulah kami bersiap sedia untuk pulang.Begitulah coretan saya mengenai pengalaman keitika menjalani "SPIRIT CAMP" di Hutan simapn UiTM Jengka.Semoga kita sama-sama gunakan pengalaman sebagai iktibar bersama.Assalamualaikum.