Akhirnya tamat sudah aktiviti perkhemahan bagi subjek OUTDOOR RECREATION(SPS133).Aktiviti perkhemahan yang berlangsung selama 5 hari 4 malam ini bermula pada 12-17hb februari.Aktiviti kami bermula pada hari jumaat seawal 9.00 pagi.Kami bergerak dari kolej Shahputra ke UiTM Shah Alam.Disana kami seterusnya diberikan tugas masing-masing dimana antaranya adalah mengangkat alatan perkhemahan.Pada keesokkan harinya kami bergerak ke kem Murni,Gopeng ,Perak pada pukul 9.00 pagi.Sampai sahaja disana kami diberi tugas oleh para fasilitator dan pensyarah untuk membuat khemah pusat,khemah dapur,khemah peralatan dan lain-lain lagi.
Banyak aktivtiti telah disediakan untuk kami sepanjang perkhemahan ini.Antaranya adalah Tubing dimana kami diberikan satu tiub tayar kemudian menggunakannya untuk menyusuri sepanjan sungai.Selain itu aktiviti Low Ropes juga diadakan dimana kami diberi tugas untuk mengikat tali antara pokok-pokok disekeliling.Seterusnya aktiviti Caving juga diadakan.Aktiviti ini memberikan kami satu pengalaman luar biasa kerana dapat melihat keindahan gua.Dan akhir sekali kami diberi tugas yang agak mencabar iaitu aktiviti Survival dan Navugation.Aktiviti ini memerlukan kami bermalam di hutan dimana kami hanya diberi 3 batang mancis,2 parang dan satu flysheet.
Secara keseluruhan aktiviti-aktiviti sepanjang Expose de Scene 2010 ini,saya berasa sungguh bertuah kerana dapat memiliki sebegitu banyak pengalaman yang cukup berharga samaada pengalaman dari segi ilmu dan juga kehidupan.Diharap kepada semua peserta ingatlah bahawa pengalaman ini adalah sautu pengalaman yang tidak dapat dijual beli.
Jadi jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua uyang terlibat.Semoga kita bertemu lagi di lain hari.....adios
No comments:
Post a Comment